hanyut...

Monday, March 7, 2011








semenjak dua menjak ni aku rasa macam takut dengan bayang-bayang sendiri... aku makin keliru dengan apa yang aku cari dalam hidup aku... terkadang aku rasa sangat bersemangat.. dan terkadang aku rasa macam aku ni sangat kecil dan tak berdaya nak mendongak ke langit...




banyak benda yang aku dah rencanakan untuk perjalanan kehidupan aku ni namun banyak pulak benda yang menghalangi aku...seingat aku..aku bukanlah seorang yang lemah. selalunya aku akan lakukan apa sahaja demi memastikan apa yang aku hajati akan aku capai.




tapi bila usia semakin meningkat ni semakin tebal pulak perasaan takut dalam diri aku ni. entahlah sampaikan satu tahap aku dah putus asa untuk teruskan apa yang aku perjuangkan selama ini.




nyatanya aku bukanlah seperti aku yang dulu. saat ini aku amat merindukan diriku yang wujud suatu masa dulu. pelik! setiap kali aku cuba menjadi diri aku yang dulu setiap kali iti jugaklah aku menjadi semakin takut dengan diriku sendiri.
harapanku cuma satu...semoga aku terus tabah dalam menjalani hidup ini.




1 comments:

miloaiskurangmanis said...

take one step at a time...
mulakan dengan buat listing
of things that need to be done
baru bleh kot

apa2 pun - take care my fren!