can`t stop smiling

Sunday, March 27, 2011


aku dah lupa bila kali terakhir aku menikmati weekend dalam keindahan yang tak terhingga.

sehinggalah weekend yang baru sahaj melabuhkan tirai. aku sememangnya tidak boleh berhenti dari terus tersenyum.

oh betapa indahnya perasaan aku pada saat dan ketika ini. hanya tuhan sahaja yang tahu.

aku amat2 bersyukur di atas perasaan yang aku alami ini.

semoga hari2 seterusnya yang bakal dilewati juga memberikan keindahan yang tidak terhingga bukan sahaja untuk aku tapi juga kepada semua anda di luar sana.

*senyum*

hanyut...

Monday, March 7, 2011








semenjak dua menjak ni aku rasa macam takut dengan bayang-bayang sendiri... aku makin keliru dengan apa yang aku cari dalam hidup aku... terkadang aku rasa sangat bersemangat.. dan terkadang aku rasa macam aku ni sangat kecil dan tak berdaya nak mendongak ke langit...




banyak benda yang aku dah rencanakan untuk perjalanan kehidupan aku ni namun banyak pulak benda yang menghalangi aku...seingat aku..aku bukanlah seorang yang lemah. selalunya aku akan lakukan apa sahaja demi memastikan apa yang aku hajati akan aku capai.




tapi bila usia semakin meningkat ni semakin tebal pulak perasaan takut dalam diri aku ni. entahlah sampaikan satu tahap aku dah putus asa untuk teruskan apa yang aku perjuangkan selama ini.




nyatanya aku bukanlah seperti aku yang dulu. saat ini aku amat merindukan diriku yang wujud suatu masa dulu. pelik! setiap kali aku cuba menjadi diri aku yang dulu setiap kali iti jugaklah aku menjadi semakin takut dengan diriku sendiri.
harapanku cuma satu...semoga aku terus tabah dalam menjalani hidup ini.




2011 !!

Saturday, January 1, 2011


welcome 2011!!....

goodbye 2010!!...it has been a tremendous year for me...loadsa thing happened...i would say 2010 has been unproductive year... nothing much to be impressed.. only thing that i achieved was NEW CARREER... which has made me really happy..apart from that....nothing really...

so...in 2011 i`ll be focusing on myself only.... carreer,health,money, etc.

i want to prove to myself that i will achieved loads of things in 2011 that can makes me happy with myself. i`m gonna make it happen! i`m really mean it!

all the best to me....

Love Me!