hidup tak bermakna...

Monday, December 13, 2010

Memang benar kata orang kehidupan kita penuh dengan pelbagai corak dan warna.

Baru sekarang aku sedar yang hidup kita ni bukannya selalu bahagia. Adakalanya kita sakit. Sakit yang teramat sangat sehinggakan kita sampai ke satu tahap dimana kita sendiri terpinga-pinga dan tertanya-tanya arah mana yang harus kita tuju. Apakah warna yang patut kita pilih. Corak yang bagaimanakah bakal membuahkan kebahagiaan kepada kita?

Sukar bukan? Itulah yang aku rasakan saat ini. Aku seolah-olah hilang arah punca. Penekanan perasaan yang tak terkata menambahkan lagi kesukaran untuk aku terus bernafas dengan tenang.

Semua yang aku rencanakan terbantut dek dugaan dan cabaran yang datang bertimpa-timpa. Kekuatan yang selama ini aku pertahankan seperti hanyut dibawa arus tanpa aku tahu kemana arah tuju. Aku semakin lemah dari hari ke hari. Aku juga dah tak bermaya.

Apa yang aku mampu lakukan saat dan ketika ini hanyalah membuka kedua tapak tanganku dan menadah doa kepada tuhan pencipta alam agar terus memberi aku kekuatan dan semangat dalam menghadapi segala kemungkinan yang bakal menimpa aku.

Semoga aku mampu tersenyum seperti dulu.

dissappoinment

Tuesday, October 19, 2010

pheww...what a life huh?

hurmmm..aku percaya dalam hidup ni banyak benda yang tak kita sangka terjadi...satu persatu..samada suka atau tidak kita kena hadapi jugak..

ada suka..ada duka....kadang kita senyum kadang kita menangis....itu semua perkara biasa....

aku tak pasti samada aku ni terlalu sensitif atau aku tertekan dengan keadaan sekeliling. atau mungkin jugak aku mengalami mid-life crisis! oh no! aku belom 30 lagi kot??

tapi apa yang pasti sejak dua menjak ni banyak benda yang mengecewakan aku. bukan satu bukan dua tapi lebih dari tu.

kebanyakkannya berkaitan dengan orang sekeliling aku. nak kata aku ni makin sensitif mungkin jugak. nak kata aku tak boleh berfikir secara rasional...hurmmm...aku tak rasa aku mcm tu...entahla.

whatever it is...aku akan cuba deal with it. aku akui memang aku tak boleh nak senangkan hati semua orang, mungkin jugak aku ada melukakan hati sesiapa secara aku tak sedar. aku ni hanyalah manusia biasa.

aku nak amik kesempatan ni untuk mintak maaf kepada sesiapa yang aku pernah sakiti atau lukai. banyak lagi benda yang aku kena belajar dalam hidup ni...

NEW PHASE

Sunday, September 26, 2010

am going to start a new phase in my life tomorrow...

everything change...new vision..new environment...new space...new expectation....

i do feel excited but nervous at the same time...

would it be a better life for me?

one thing for sure...everything that happen is the best for me from Allah...

InsyaAllah..